Saturday, 5 August 2017



AMALAN GOTONG ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN - MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM

DUA6022
KOMUNIKASI DAN PEYIARAN ISLAM

NAMA PENSYARAH: 

PUAN YUSIDAWATI BT YUSOF 

NAMA KUMPULAN:

SYAHANIS ADILA BINTI MUHAMAD A'SRAI
(02DSK15F1029)

NUR ATHIRAH BT MOHAMAD ZULKIPLI
(02DSK15F1019)

FATIN AMIRAH  BT MOHAMAD ADNAN
(02DSK15F1035)

NURUL SHAFIQAH BT JAMALUDIN
(02DSK15F1057)

DSK5A



Image result for gotong royong



النَّظَافَةُ مِنَ الْإيْمَانِ
“Kebersihan adalah Sebagian dari Iman”
Hadis ini tercantum dalam kitab-kitab hadis. Al-‘Iraqi dalam takhrij Ahadits al-Ihya’ 1/73 menginformasikan hadis dengan lafadz semacam di atas diriwayatkan oleh Imam at-Thobrany dalam Al-Ausath dengan sanad yang dho’if jiddan (sanagt lemah) dari jalur periwayatan melalui Ibnu Mas’ud ra.


 PENDAHULUAN



Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.


Namun begitu, amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong royong  dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.


DEFINISI GOTONG ROYONG



Image result for gotong royong



Gotong royong adalah suatu aktiviti yang dilakukan secara bersama-sama dan bersifat suka rela agar aktiviti yang dikerjakan dapat berjalan dengan lancar dan mudah.
Gotong royong juga sangat sesuai dengan ajaran islam, Islam menginginkan umatnya saling mencintai, menyayangi dan saling berbagi, ini sangat sesuai dengan prinsip gotong royong. Semangat gotong royong dalam islam juga boleh dijadikan ukuran keimanan seseorang, dalam hal ini Rasulallah SAW. Bersabda dalam hadis yang di riwayatkan Bukhari,Muslim,Tirmidzi,dan Nasai:


 لايؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

“Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri”.


  • Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh keada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu.



  • Maka sudah sepantasnya kita untuk saling bergotong-royong diantara sesama manusia, saling mengajak untuk berbuat kebaikan dan menjauhkan keburukan sejauh-jauhnya. Menuai maslahat atau kebaikan secara bersama-sama. Islam, tentu telah mengatur hal tersebut dengan indahnya. Seperti apa yang Allah firmankan,





“… dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat seksa-Nya.” (QS. Al Maidah : 2)





KEPENTINGAN AMALAN GOTONG ROYONG


Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk Negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat yang berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin, penyayang sesame individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk Negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagih dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Bak kata pepatah melayu, “berat sama dipikul, ringgan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga balanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkan dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menangung belanja berubat sakit akibat kesan jangka panjang daripada longgokkan sampah yang tiidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhkan cukup bermakna untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.





MANFAAT GOTONG ROYONG


Dengan bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan.  Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Malaysia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Kita mempunyai tujuan yang sama iaitu memupuk perpaduan dikalangan kaum. Untuk mencapai tujuan tersebut maka kita haruslah memupuk semangat gotong royong di kalangan masyarakay. Akan lebih banyak yang dapat kita raih bila kita lakukan gotong royong bersama-sama.




Image result for gotong royong





LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG



Situasi seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.



Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka.





SEBAB-SEBAB ADANYA GOTONG ROYONG

Semangat gotong royong didorong oleh:

  • hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain atau lingkungan sosial pada dasarnya manusia itu tergantung pada manusia lainnya.
  • manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya 
  • manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain












KEBAIKAN AMALAN BERGOTONG ROYONG


Kebaikan dalam mengamalkan gotong-royong atau kerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi

Selain itu, dapat memudahkan kerja yang kita lakukan dengan adanya amalan bergotong royong ini, ia akan menyenangkan kerja kita. Sebagai contoh di kampung, majlis yang diadakan biasanya akan dibuat secara bergotong royong seperti majlis perkahwinan, aqiqah dan sebagainya.

Menjimatkan dari segi perbelanjaan dalam sesetengah keadaan, kita boleh menjimatkan perbelanjaan sehingga 50%. Sebagai contoh, jika sesebuah majlis perkahwinan dibuat secara gotong-royong, kita tidak perlu membayar upah kepada pekerja dan kos penyediaan makanan. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan perbelanjaan membina tempat menunggu bas, jika dibuat secara bergotong-royong.




KESAN MENGABAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG


1. 
Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum.

2. Ikatan silaturrahim dalam kalangan masyarakat dan keluarga akan semakin terhapus

3. Silaturrahim yang ingin dipupuk akan semakin terhakis dengan perlahan-lahan.

4. Masyarakat akan menjadi tidak selesa dan tidak tenteram jika hidup serta bergaul dengan kaum yang pelbagai.







CONTOH KEGIATAN GOTONG-ROYONG


Image result for gotong royong

Image result for gotong royong




Image result for gotong royong









KESIMPULAN


Sebagai kesimpulannya, amalan gotong royong ini sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana, apabila amalan gotong royong ini diteruskan sehingga ke generasi seterusnya, alam sekitar akan lebih terjaga. Perpaduan antara kaum juga akan lebih eratdan mesra. Oleh itu, masyarakat perlu menerapkan tabiat bergotong royong ini dalam diri masing-masing, agar suasana harmoni dapat diwujudkan.

Aktiviti gotong-royong kepda masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’. Pada pendapat kami, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan Surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan sehari